Disebalik Tingkap

Aldrich John yang dilahirkan di Bandaraya Kota Kinabalu , Sabah pada tanggal 13 Jun 1984 yang kini menetap di Selangor mula meminati bidang fotografi ketika berumur 12 tahun lagi namun hanya bertapak sepenuhnya dalam bidang fotografi pada tahun 2008. Di awal pembabitan dalam fotografi, saya mula menangkap gambar melalui kamera 'intai-intai' iaitu menggunakan kamera filem. Kemudian menggunakan camera telefon bimbit, seterusnya saya menggunakan kamera 'pandang-pandang' iaitu kamera digital biasa yang ketika itu agak mahal dan popular dikalangan "anak-anak" baru belajar hehe. Akhir sekali saya kembali semula menggunakan kamera "intai mengintai" atau lebih dikenali sebagai Digital Single-Lens Reflex (DSLR). Sebagai permulaan pembabitan secara serius dalam bidang ni, saya mula mengambil gambar orang-orang kahwin dan bertunang. Walaupun saya lebih menyukai buat shooting Outdoor, namun saya terus menimba ilmu dengan shooting-shooting dimajlis-majlis rasmi kerajaan (di tempat kerja la..) Apapun diharap anda sudi memberikan komen-komen yang negatif atau positif agar saya dapat memperkasakan lagi teknik fotografi saya.


Sekian

Aj@Photography
Aldrich

Thursday, June 30, 2011

Nujum Pak Belalang

Selamat sejahtera.. Bila cakap mengenai belalang pasti kita akan terimbas kembali tajuk filem "Nujum Pak Belalang" lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Saya bukannya nak bercerita mengenai filem Nujum Pak belalang...tetapi ingin berkongsi pengetahuan mengenai foto gambar belalang yang sempat saya tangkap sewaktu saya bercuti ke kampung halaman saya di Penampang, Kota kinabalu.  Sambil saya berkongsi foto-foto kreatif saya, saya nak juga ajak anda untuk menerapkan sikap suka membaca dalam diri kita bak kata pepatah Sambil Menyelam Minum Air.

Belalang juta (Shistocerca gregaria) adalah spesies subtropis yang hidup mengelompok, yang berkembang biak dengan cepat pada awal musim hujan. Satu kawanan serangga jenis ini mampu menyerang 1200 kilometer persegi dalam satu waktu dan setiap kilometer perseginya mencapai 40-80 juta belalang.

Ekologi belalang juta
Belalang juta hidup bersendirian sehingga hujan turun. Hujan mengakibatkan tumbuhan tumbuh dan menggalakkan penghasilan telur yang telah dihasilkan dalam tanah berpasir. Tumbuhan baru ini menghasilkan makanan untuk belalang yang baru menetas dan memberikan mereka perlindungan sehingga mereka membesar menjadi serangga dewasa bersayap.
Apabila tumbuhan tersebar dalam cara tertentu sehingga belalang terpaksa berkumpul untuk makan, dan terdapat hujan yang cukup untuk kebanyakan telur menetas, memaksa hubungan fizikal antara kaki belakang serangga bersentuhan sesama sendiri. Ini mengakibatkan peningkatan kadar metabolik dan perubahan tingkah-laku yang mengakibatkan perubahan serangga dari tingkah-laku bersendirian kepada tingkah-laku berkelompok (gregarious). Apabila belalang menjadi berkelompok mereka bertukar warna dari hijau kepada hitam dan kuning, badan mereka berubah menjadi pendek, dan mereka menghasilkan hormon yang menyebabkan kesemua mereka berkumpul pada satu kawasan, dan menggalakkan pembentukan kawanan.
Ketika tempoh senyap, dikenali sebagai recessions, belalang terhad kepada lengkungan 16-juta-kilometer-persegi yang melangkaui Gurun Sahara di Afrika Utara, menyeberangi Semenanjung Arab, dan ke barat laut (northwest) India.  Apabila keadaan sesuai, kawanan belalang juta menyerbu negara disekeliling kawasan recession, ke utara sehingga ke Spanyol dan Russia dan ke timur sehingga ke India dan Asia baratdaya (southwest). Sebanyak 60 negara boleh terjejas.
Kawanan belalang juta menyeberangi Laut Merah antara Afrika dan Semenanjung Arab dan pernah dilapurkan menyeberangi Lautan Atlantik dari Afrika ke Karibbean. Satu kawanan belalang juta mampu melitupi 1,200 kilometer persegi dan mengandungi antara 40 dan 80 juta belalang setiap kilometer persegi.

Diharap informasi ini dapat menambahkan lagi sedikit sebanyak pengetahuan kita mengenai belalang..

Rujukan : Wikipedia Ensiklopedia Bebas

3 comments:

  1. cantik gambar ni,,,warna daun dan belalang tu sangat kontra,,, teringat juga cerita "suria baju hitam" pakai seragam berikonkan belalang,, hehehehe :)

    ReplyDelete
  2. Gambar ni sy snap dgn berhati-hati supaya tidak menggangu belalang tu..nanti melompat payah lagi mahu cari angle

    ReplyDelete
  3. tp,,angle dia memang cantik,,, good job abg,, [main komen je walau tak tau pasal grafik neyh]

    ReplyDelete

Menerangi Dunia

Menerangi Dunia
Ketika saya duduk keseorangan dirumah, fikiran saya melayang ke arah 1 objek. Objek tersebut adalah World Globe. Saya termenung dan berfikir apa yang boleh saya lakukan untuk objek ini. Kemudian saya keluar mengambil angin di beranda rumah sambil memegang World Globe tersebut..saya menoleh ke langit dan merenung lama kearah bulan bagaikan pungguk rindukan bulan?? Terdedik dihati seketika...Yess! saya tahu apa nak buat dengan World Globe ni! Maka dengan segala persediaan dan pencahayaan yang sesuai,maka terhasil lah sebuah cerita di sebalik World Globe ni.. Cahaya la yang menerangi Bumi yang diadaptasikan melalui Lilin dan World Globe. :)

Mini Ofis

Mini Ofis
Gambar ni amat menarik perhatian saya. Saya berkunjung di salah sebuah pantai di pantai timur Malaysia negeri Terengganu. Pantai ni agak terbiar dan kosong tapi amat cantik. Saya terlihat satu pondok ala2 pejabat kecil siap dengan meja dan kerusi. Yang menariknya pejabat mini ni betul-betul di tengah-tengah kawasan lapang.. Sesungguhnya saya amat menyukai pantai-pantai yang terdapat di negeri Terengganu,menarik dan cantik-cantik belaka. Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar,sudi sudilah cari saya dalam facebook ye :Aldrich Al Ferio