Mengikut statistik yang dikeluarkan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika melancarkan kempen Mari Membaca 1Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia, purata rakyat Malaysia yang membaca buku kini 8 sehingga 12buah buku setahun berbanding 2buah buku setahun beberapa tahun lepas.
Datuk Seri Dr Rais Yatim juga berkata, statistik rakyat Malaysia yang mengunjungi perpustakaan seluruh negara juga telah meningkat iaitu dari 21 juta pada 2007 kepada 38 juta pada tahun 2008 malah jumlah pinjaman buku di perpustakaan diseluruh negara juga meningkat kepada 19.5 juta pada tahun 2008 berbanding 12.6 juta pada tahun 2007. Perkembangan sihat ini jelas menunjukkan amalan budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia semakin meluas.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi kerana saban tahun menganjurkan pesta-pesta buku seperti Pesta Buku Antarabangsa bagi memupuk suka membaca dikalangan rakyat Malaysia. Dan tahniah juga kepada Perpustakaan Negara Malaysia yang terus menerus berusaha mempelbagaikan aktiviti-aktiviti seperti menjemput pelakon/pengacara Wardina Safiyyah dan angkasawan negara Datuk Syeikh Muzaffar bagi manjayakan dan manarik minat semua golongan untuk menerapkan sifat membaca.
Tak rugi kita mengamalkan sikap suka membaca dalam diri kita, malah dari segi perspektif keilmuan peningkatan amalan membaca lebih efisyen daripada pembacaan kepada penghayatan dan program-progam yang dianjurkan bersama rakyat adalah sebahagian daripada pengisian 1Malaysia.
Sebagai kesimpulan kupasan yang saya coretkan ni, jadikanlah buku sebagai teman seperjuangan dalam hidup anda kerana membaca itu banyak manfaat kepada kita..