Disebalik Tingkap

Aldrich John yang dilahirkan di Bandaraya Kota Kinabalu , Sabah pada tanggal 13 Jun 1984 yang kini menetap di Selangor mula meminati bidang fotografi ketika berumur 12 tahun lagi namun hanya bertapak sepenuhnya dalam bidang fotografi pada tahun 2008. Di awal pembabitan dalam fotografi, saya mula menangkap gambar melalui kamera 'intai-intai' iaitu menggunakan kamera filem. Kemudian menggunakan camera telefon bimbit, seterusnya saya menggunakan kamera 'pandang-pandang' iaitu kamera digital biasa yang ketika itu agak mahal dan popular dikalangan "anak-anak" baru belajar hehe. Akhir sekali saya kembali semula menggunakan kamera "intai mengintai" atau lebih dikenali sebagai Digital Single-Lens Reflex (DSLR). Sebagai permulaan pembabitan secara serius dalam bidang ni, saya mula mengambil gambar orang-orang kahwin dan bertunang. Walaupun saya lebih menyukai buat shooting Outdoor, namun saya terus menimba ilmu dengan shooting-shooting dimajlis-majlis rasmi kerajaan (di tempat kerja la..) Apapun diharap anda sudi memberikan komen-komen yang negatif atau positif agar saya dapat memperkasakan lagi teknik fotografi saya.


Sekian

Aj@Photography
Aldrich

Tuesday, July 12, 2011

Pepatung

Kali ni saya nak berkongsi pengetahuan mengenai gambar pepatung saya ni atau lebih dikenali sebagai Tongkokizu di kalangan masyarakat sabah amnya dan bahasa Kadazan khasnya. Pepatung merupakan sejenis serangga dalam order Odonata. Pepatung biasanya dikategorikan jenis-jenis berdasarkan ciri-ciri mata, mempunyai sayap yang kuat dan lutsinarnya. Walaupun pepatung mempunyai 6 kaki tetap ia tidak boleh berjalan namun papatung merupakan antara serangga yang paling laju terbang.



Hah..tahukah anda bahawa pepatung merupakan serangga pemangsa? Ia memakan nyamuk, semut, serangga kecil, lebah dan lalat. Pepatung biasanya boleh dijumpai dimana-mana terutamanya dikawasan berumput atau tasik.
Masih segar diingatan masa kecil-kecil dulu masa kat kampung saya suka menangkap pepatung kerana diwaktu senja pepatung-pepatung ni berterbangan berputar-putar secara berkumpulan dengan banyaknya ketika tu. Bermacam-macam jenis saiz dan warna. Rasanya sekarang dah tak ada kumpulan pepatung ni berterbangan. Tapi saya amat tak gemar pepatung berwarna hijau ala-ala baju tentera ni,laju sangat terbang hehehe..

1 comment:

Menerangi Dunia

Menerangi Dunia
Ketika saya duduk keseorangan dirumah, fikiran saya melayang ke arah 1 objek. Objek tersebut adalah World Globe. Saya termenung dan berfikir apa yang boleh saya lakukan untuk objek ini. Kemudian saya keluar mengambil angin di beranda rumah sambil memegang World Globe tersebut..saya menoleh ke langit dan merenung lama kearah bulan bagaikan pungguk rindukan bulan?? Terdedik dihati seketika...Yess! saya tahu apa nak buat dengan World Globe ni! Maka dengan segala persediaan dan pencahayaan yang sesuai,maka terhasil lah sebuah cerita di sebalik World Globe ni.. Cahaya la yang menerangi Bumi yang diadaptasikan melalui Lilin dan World Globe. :)

Mini Ofis

Mini Ofis
Gambar ni amat menarik perhatian saya. Saya berkunjung di salah sebuah pantai di pantai timur Malaysia negeri Terengganu. Pantai ni agak terbiar dan kosong tapi amat cantik. Saya terlihat satu pondok ala2 pejabat kecil siap dengan meja dan kerusi. Yang menariknya pejabat mini ni betul-betul di tengah-tengah kawasan lapang.. Sesungguhnya saya amat menyukai pantai-pantai yang terdapat di negeri Terengganu,menarik dan cantik-cantik belaka. Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar,sudi sudilah cari saya dalam facebook ye :Aldrich Al Ferio