Disebalik Tingkap

Aldrich John yang dilahirkan di Bandaraya Kota Kinabalu , Sabah pada tanggal 13 Jun 1984 yang kini menetap di Selangor mula meminati bidang fotografi ketika berumur 12 tahun lagi namun hanya bertapak sepenuhnya dalam bidang fotografi pada tahun 2008. Di awal pembabitan dalam fotografi, saya mula menangkap gambar melalui kamera 'intai-intai' iaitu menggunakan kamera filem. Kemudian menggunakan camera telefon bimbit, seterusnya saya menggunakan kamera 'pandang-pandang' iaitu kamera digital biasa yang ketika itu agak mahal dan popular dikalangan "anak-anak" baru belajar hehe. Akhir sekali saya kembali semula menggunakan kamera "intai mengintai" atau lebih dikenali sebagai Digital Single-Lens Reflex (DSLR). Sebagai permulaan pembabitan secara serius dalam bidang ni, saya mula mengambil gambar orang-orang kahwin dan bertunang. Walaupun saya lebih menyukai buat shooting Outdoor, namun saya terus menimba ilmu dengan shooting-shooting dimajlis-majlis rasmi kerajaan (di tempat kerja la..) Apapun diharap anda sudi memberikan komen-komen yang negatif atau positif agar saya dapat memperkasakan lagi teknik fotografi saya.


Sekian

Aj@Photography
Aldrich

Monday, July 11, 2011

Lagi Perangkap?

Hello.. kalau sebelum ni saya bercerita mengenai gambar kucing yang saya sempat snap. Kali musuh kepada kucing iaitu anjing atau Kuyuk dalam bahasa Brunei.



Gambar ni kebetulan saya sedang bersihkan lens..dah nasib anjing ni..membuang sana ni jadi lah mangsa snap oleh encik fotografi ni hehehe.. Persoalannya masih sesuai lagi ke kata pepatah "bagai anjing dengan kucing"? Sekarang ni rata-rata saya nampak anjing dengan kucing takde problem je..Tak dah gaduh-gaduh..
Errmmm..apapun yang penting kita jauhkan diri kita dari menganggu ketenteraman awam, hidup dalam kesyukuran apa yang ada di bumi Malaysia :)

No comments:

Post a Comment

Menerangi Dunia

Menerangi Dunia
Ketika saya duduk keseorangan dirumah, fikiran saya melayang ke arah 1 objek. Objek tersebut adalah World Globe. Saya termenung dan berfikir apa yang boleh saya lakukan untuk objek ini. Kemudian saya keluar mengambil angin di beranda rumah sambil memegang World Globe tersebut..saya menoleh ke langit dan merenung lama kearah bulan bagaikan pungguk rindukan bulan?? Terdedik dihati seketika...Yess! saya tahu apa nak buat dengan World Globe ni! Maka dengan segala persediaan dan pencahayaan yang sesuai,maka terhasil lah sebuah cerita di sebalik World Globe ni.. Cahaya la yang menerangi Bumi yang diadaptasikan melalui Lilin dan World Globe. :)

Mini Ofis

Mini Ofis
Gambar ni amat menarik perhatian saya. Saya berkunjung di salah sebuah pantai di pantai timur Malaysia negeri Terengganu. Pantai ni agak terbiar dan kosong tapi amat cantik. Saya terlihat satu pondok ala2 pejabat kecil siap dengan meja dan kerusi. Yang menariknya pejabat mini ni betul-betul di tengah-tengah kawasan lapang.. Sesungguhnya saya amat menyukai pantai-pantai yang terdapat di negeri Terengganu,menarik dan cantik-cantik belaka. Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar,sudi sudilah cari saya dalam facebook ye :Aldrich Al Ferio