Disebalik Tingkap

Aldrich John yang dilahirkan di Bandaraya Kota Kinabalu , Sabah pada tanggal 13 Jun 1984 yang kini menetap di Selangor mula meminati bidang fotografi ketika berumur 12 tahun lagi namun hanya bertapak sepenuhnya dalam bidang fotografi pada tahun 2008. Di awal pembabitan dalam fotografi, saya mula menangkap gambar melalui kamera 'intai-intai' iaitu menggunakan kamera filem. Kemudian menggunakan camera telefon bimbit, seterusnya saya menggunakan kamera 'pandang-pandang' iaitu kamera digital biasa yang ketika itu agak mahal dan popular dikalangan "anak-anak" baru belajar hehe. Akhir sekali saya kembali semula menggunakan kamera "intai mengintai" atau lebih dikenali sebagai Digital Single-Lens Reflex (DSLR). Sebagai permulaan pembabitan secara serius dalam bidang ni, saya mula mengambil gambar orang-orang kahwin dan bertunang. Walaupun saya lebih menyukai buat shooting Outdoor, namun saya terus menimba ilmu dengan shooting-shooting dimajlis-majlis rasmi kerajaan (di tempat kerja la..) Apapun diharap anda sudi memberikan komen-komen yang negatif atau positif agar saya dapat memperkasakan lagi teknik fotografi saya.


Sekian

Aj@Photography
Aldrich

Thursday, July 7, 2011

Daun menitiskan Air Mata..

Tahukah anda Purata hujan tahunan tertinggi, 4128 mm, Direkodkan di Kuching, Sarawak.. Maklumat ini diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia.   Apapun itu hanyalah untuk menambahkan pengetahuan kita.  Sekarang saya ingin bercerita mengenai gambar Daun yang menitiskan air mata ni.. Hehehehe sebenarnya gambar ni saya tangkap selepas hujan behenti waktu senja. Jika kita amati gambar ni, terdapat makna tersirat yang cuba saya adaptasikan melalui gambar ni.

Cuba bayangkan sekiranya negara kita dilanda kemarau yang berpanjangan, maka pastinya berlakun krisis-krisis seperti tanah kehausan tak subur,  penyakit berjangkit, kekurangan makanan, ekonomi terjejas dan sebagainya.  Kita sebagai manusia harus bekerjasama dengan Alam semulajadi itu sendiri untuk mengekalkan keindahan persekitaran 'hijau' agar berkekalan hingga pada generasi-generasi yang akan datang. Tanpa air,dedaun hijau tidak lagi kelihatan.. Maka kita tidak lagi dapat melihat dedaun-dedaun ini menangis disirami air.

..........................................................

Anda pasti dapat menangkap makna sebalik gambar yang saya tangkap ni kan :)

4 comments:

  1. Hidup Daun dan Hujan

    Tika senja dahulu,
    Sang Hujan menimpa bumi,
    mata ini masih lagi,
    menatap lantaian kaki,
    Tanah bahang sejuk,
    meliang pasir berbutir,
    menyentap rasa syukur,
    mengajar erti luhur,
    hijaunya daun,
    semakin berbaur air menitis,
    tatkala terhenti,
    Sang Hujan di senja laris,
    menyinggah satu,
    dan satu suratan tersirat,
    di legar pemikiran,
    minda diri memeluk erat,
    menangisnya daun kerana hujan,
    hujan yang turun di senja kian,
    kekalkan hijau di alam jagat,
    cermat tindak tidak tergugat,
    nilainya Daun, setara Hujan,
    jika tiada,sudah tertinggal akan sesalan
    kerana "hidupnya daun, kerana Hujan".

    pena berjalan : HaiRiL BaDz :)

    ReplyDelete
  2. gambar cantik...tapi header besar sangat..errr..resize heade ok kot :)

    ReplyDelete
  3. betu kata Ady kena resize, photo memang cantik2 belaka........good job hope one day boleh belajar dr u

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih HAiril

    Terima Kasih AdyBudika atas sokongan dan tunjuk ajar..keep in touch ya

    Terima kasih Anonymous.. :)

    ReplyDelete

Menerangi Dunia

Menerangi Dunia
Ketika saya duduk keseorangan dirumah, fikiran saya melayang ke arah 1 objek. Objek tersebut adalah World Globe. Saya termenung dan berfikir apa yang boleh saya lakukan untuk objek ini. Kemudian saya keluar mengambil angin di beranda rumah sambil memegang World Globe tersebut..saya menoleh ke langit dan merenung lama kearah bulan bagaikan pungguk rindukan bulan?? Terdedik dihati seketika...Yess! saya tahu apa nak buat dengan World Globe ni! Maka dengan segala persediaan dan pencahayaan yang sesuai,maka terhasil lah sebuah cerita di sebalik World Globe ni.. Cahaya la yang menerangi Bumi yang diadaptasikan melalui Lilin dan World Globe. :)

Mini Ofis

Mini Ofis
Gambar ni amat menarik perhatian saya. Saya berkunjung di salah sebuah pantai di pantai timur Malaysia negeri Terengganu. Pantai ni agak terbiar dan kosong tapi amat cantik. Saya terlihat satu pondok ala2 pejabat kecil siap dengan meja dan kerusi. Yang menariknya pejabat mini ni betul-betul di tengah-tengah kawasan lapang.. Sesungguhnya saya amat menyukai pantai-pantai yang terdapat di negeri Terengganu,menarik dan cantik-cantik belaka. Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar,sudi sudilah cari saya dalam facebook ye :Aldrich Al Ferio