Disebalik Tingkap

Aldrich John yang dilahirkan di Bandaraya Kota Kinabalu , Sabah pada tanggal 13 Jun 1984 yang kini menetap di Selangor mula meminati bidang fotografi ketika berumur 12 tahun lagi namun hanya bertapak sepenuhnya dalam bidang fotografi pada tahun 2008. Di awal pembabitan dalam fotografi, saya mula menangkap gambar melalui kamera 'intai-intai' iaitu menggunakan kamera filem. Kemudian menggunakan camera telefon bimbit, seterusnya saya menggunakan kamera 'pandang-pandang' iaitu kamera digital biasa yang ketika itu agak mahal dan popular dikalangan "anak-anak" baru belajar hehe. Akhir sekali saya kembali semula menggunakan kamera "intai mengintai" atau lebih dikenali sebagai Digital Single-Lens Reflex (DSLR). Sebagai permulaan pembabitan secara serius dalam bidang ni, saya mula mengambil gambar orang-orang kahwin dan bertunang. Walaupun saya lebih menyukai buat shooting Outdoor, namun saya terus menimba ilmu dengan shooting-shooting dimajlis-majlis rasmi kerajaan (di tempat kerja la..) Apapun diharap anda sudi memberikan komen-komen yang negatif atau positif agar saya dapat memperkasakan lagi teknik fotografi saya.


Sekian

Aj@Photography
Aldrich

Monday, July 11, 2011

Perangkap lagi?

Hello..kalau sebelum ni saya bercerita mengenai gambar kucing yang sempat saya snap semasa kucing tu berhempas pulas menunaikan hajat membuang najis hehe.  Sekali lagi ketika saya berada di Penampang, Kota Kinabalu di kediaman saya, saya terlihat seekor anjing atau Kuyuk dalam bahasa melayu Brunei sedang membuat aksi yang sama seperti kucing sebelum ni. Alkisahnya..jadi lah mangsa snap oleh si encik fotografi hehehe..

Bila cakap mengenai kucing dan anjing..terlintas pula di fikiran kata pepatah mengatakan "bagai anjing dengan kucing".  Namum sejauhmanakah kebenaran kata pepatah tersebut? Kalau dilihat situasi persekitaran rata-rata anjing dan kucing dah nampak takde problem dah.. Sebaliknya boleh main kejar-kejar, guling-guling lagi! Zaman dah berubah?? Apapun yang penting kita hidup dalam aman damai,tak nak ada gaduh-gaduh, sentiasa bersyukur apa yang ada di bumi Malaysia ni. Kalau anjing dan kucing boleh berbaik yang tak pernah jejak sekolah, inikan pula manusia yang di anugerahkan kewarasan dan kebijaksaan. Betul tak? :)

1 comment:

Menerangi Dunia

Menerangi Dunia
Ketika saya duduk keseorangan dirumah, fikiran saya melayang ke arah 1 objek. Objek tersebut adalah World Globe. Saya termenung dan berfikir apa yang boleh saya lakukan untuk objek ini. Kemudian saya keluar mengambil angin di beranda rumah sambil memegang World Globe tersebut..saya menoleh ke langit dan merenung lama kearah bulan bagaikan pungguk rindukan bulan?? Terdedik dihati seketika...Yess! saya tahu apa nak buat dengan World Globe ni! Maka dengan segala persediaan dan pencahayaan yang sesuai,maka terhasil lah sebuah cerita di sebalik World Globe ni.. Cahaya la yang menerangi Bumi yang diadaptasikan melalui Lilin dan World Globe. :)

Mini Ofis

Mini Ofis
Gambar ni amat menarik perhatian saya. Saya berkunjung di salah sebuah pantai di pantai timur Malaysia negeri Terengganu. Pantai ni agak terbiar dan kosong tapi amat cantik. Saya terlihat satu pondok ala2 pejabat kecil siap dengan meja dan kerusi. Yang menariknya pejabat mini ni betul-betul di tengah-tengah kawasan lapang.. Sesungguhnya saya amat menyukai pantai-pantai yang terdapat di negeri Terengganu,menarik dan cantik-cantik belaka. Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar,sudi sudilah cari saya dalam facebook ye :Aldrich Al Ferio