Hello..kalau sebelum ni saya bercerita mengenai gambar kucing yang sempat saya snap semasa kucing tu berhempas pulas menunaikan hajat membuang najis hehe. Sekali lagi ketika saya berada di Penampang, Kota Kinabalu di kediaman saya, saya terlihat seekor anjing atau Kuyuk dalam bahasa melayu Brunei sedang membuat aksi yang sama seperti kucing sebelum ni. Alkisahnya..jadi lah mangsa snap oleh si encik fotografi hehehe..
Bila cakap mengenai kucing dan anjing..terlintas pula di fikiran kata pepatah mengatakan "bagai anjing dengan kucing". Namum sejauhmanakah kebenaran kata pepatah tersebut? Kalau dilihat situasi persekitaran rata-rata anjing dan kucing dah nampak takde problem dah.. Sebaliknya boleh main kejar-kejar, guling-guling lagi! Zaman dah berubah?? Apapun yang penting kita hidup dalam aman damai,tak nak ada gaduh-gaduh, sentiasa bersyukur apa yang ada di bumi Malaysia ni. Kalau anjing dan kucing boleh berbaik yang tak pernah jejak sekolah, inikan pula manusia yang di anugerahkan kewarasan dan kebijaksaan. Betul tak? :)
Disebalik Tingkap
Aldrich John yang dilahirkan di Bandaraya Kota Kinabalu , Sabah pada tanggal 13 Jun 1984 yang kini menetap di Selangor mula meminati bidang fotografi ketika berumur 12 tahun lagi namun hanya bertapak sepenuhnya dalam bidang fotografi pada tahun 2008. Di awal pembabitan dalam fotografi, saya mula menangkap gambar melalui kamera 'intai-intai' iaitu menggunakan kamera filem. Kemudian menggunakan camera telefon bimbit, seterusnya saya menggunakan kamera 'pandang-pandang' iaitu kamera digital biasa yang ketika itu agak mahal dan popular dikalangan "anak-anak" baru belajar hehe. Akhir sekali saya kembali semula menggunakan kamera "intai mengintai" atau lebih dikenali sebagai Digital Single-Lens Reflex (DSLR). Sebagai permulaan pembabitan secara serius dalam bidang ni, saya mula mengambil gambar orang-orang kahwin dan bertunang. Walaupun saya lebih menyukai buat shooting Outdoor, namun saya terus menimba ilmu dengan shooting-shooting dimajlis-majlis rasmi kerajaan (di tempat kerja la..) Apapun diharap anda sudi memberikan komen-komen yang negatif atau positif agar saya dapat memperkasakan lagi teknik fotografi saya.
Sekian
Aj@Photography
Aldrich
Sekian
Aj@Photography
Aldrich
Blog Archive
Monday, July 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
posing menarik,,,,
ReplyDelete