Disebalik Tingkap

Aldrich John yang dilahirkan di Bandaraya Kota Kinabalu , Sabah pada tanggal 13 Jun 1984 yang kini menetap di Selangor mula meminati bidang fotografi ketika berumur 12 tahun lagi namun hanya bertapak sepenuhnya dalam bidang fotografi pada tahun 2008. Di awal pembabitan dalam fotografi, saya mula menangkap gambar melalui kamera 'intai-intai' iaitu menggunakan kamera filem. Kemudian menggunakan camera telefon bimbit, seterusnya saya menggunakan kamera 'pandang-pandang' iaitu kamera digital biasa yang ketika itu agak mahal dan popular dikalangan "anak-anak" baru belajar hehe. Akhir sekali saya kembali semula menggunakan kamera "intai mengintai" atau lebih dikenali sebagai Digital Single-Lens Reflex (DSLR). Sebagai permulaan pembabitan secara serius dalam bidang ni, saya mula mengambil gambar orang-orang kahwin dan bertunang. Walaupun saya lebih menyukai buat shooting Outdoor, namun saya terus menimba ilmu dengan shooting-shooting dimajlis-majlis rasmi kerajaan (di tempat kerja la..) Apapun diharap anda sudi memberikan komen-komen yang negatif atau positif agar saya dapat memperkasakan lagi teknik fotografi saya.


Sekian

Aj@Photography
Aldrich

Tuesday, July 19, 2011

Buku Oh Buku

Anda suka membaca? Saya pasti ramai diantara anda suka membaca bukan??? Dan saya pasti ramai juga diantara anda tak suka membaca kan?? hehehe..... Seperti yang anda sekian tahu, amalan membaca amat baik untuk menambah pengetahuan dan baik untuk sel-sel otak kita, mungkin kenyataan ini terlalu klise tetapi ia sememangnya benar, membaca itu ilmu pengetahuan! Pelbagai bahan bacaan yang kita boleh baca, novel, majalah dan sebagainya.

Mengikut statistik yang dikeluarkan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri  Dr Rais Yatim ketika melancarkan kempen Mari Membaca 1Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia, purata rakyat Malaysia yang membaca buku kini 8 sehingga 12buah buku setahun berbanding  2buah buku setahun beberapa tahun lepas.

 Datuk Seri  Dr Rais Yatim juga berkata, statistik rakyat Malaysia yang mengunjungi perpustakaan seluruh negara juga telah meningkat iaitu dari 21 juta pada 2007 kepada 38 juta pada tahun 2008 malah jumlah pinjaman buku di perpustakaan diseluruh negara juga meningkat kepada 19.5 juta pada tahun 2008 berbanding 12.6 juta pada tahun 2007.  Perkembangan sihat ini jelas menunjukkan amalan budaya membaca dikalangan rakyat Malaysia semakin meluas.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi kerana saban tahun menganjurkan pesta-pesta buku seperti Pesta Buku Antarabangsa bagi memupuk suka membaca dikalangan rakyat Malaysia. Dan tahniah juga kepada Perpustakaan Negara Malaysia yang terus menerus berusaha mempelbagaikan aktiviti-aktiviti seperti menjemput pelakon/pengacara Wardina Safiyyah dan angkasawan negara Datuk Syeikh Muzaffar bagi manjayakan dan manarik minat semua golongan untuk menerapkan sifat membaca.

Tak rugi kita mengamalkan sikap suka membaca dalam diri kita, malah dari segi perspektif keilmuan peningkatan amalan membaca lebih efisyen daripada pembacaan kepada penghayatan dan program-progam yang dianjurkan bersama rakyat adalah sebahagian daripada pengisian 1Malaysia.

Sebagai kesimpulan kupasan yang saya coretkan ni, jadikanlah buku sebagai teman seperjuangan dalam hidup anda kerana membaca itu banyak manfaat kepada kita..

2 comments:

Menerangi Dunia

Menerangi Dunia
Ketika saya duduk keseorangan dirumah, fikiran saya melayang ke arah 1 objek. Objek tersebut adalah World Globe. Saya termenung dan berfikir apa yang boleh saya lakukan untuk objek ini. Kemudian saya keluar mengambil angin di beranda rumah sambil memegang World Globe tersebut..saya menoleh ke langit dan merenung lama kearah bulan bagaikan pungguk rindukan bulan?? Terdedik dihati seketika...Yess! saya tahu apa nak buat dengan World Globe ni! Maka dengan segala persediaan dan pencahayaan yang sesuai,maka terhasil lah sebuah cerita di sebalik World Globe ni.. Cahaya la yang menerangi Bumi yang diadaptasikan melalui Lilin dan World Globe. :)

Mini Ofis

Mini Ofis
Gambar ni amat menarik perhatian saya. Saya berkunjung di salah sebuah pantai di pantai timur Malaysia negeri Terengganu. Pantai ni agak terbiar dan kosong tapi amat cantik. Saya terlihat satu pondok ala2 pejabat kecil siap dengan meja dan kerusi. Yang menariknya pejabat mini ni betul-betul di tengah-tengah kawasan lapang.. Sesungguhnya saya amat menyukai pantai-pantai yang terdapat di negeri Terengganu,menarik dan cantik-cantik belaka. Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar,sudi sudilah cari saya dalam facebook ye :Aldrich Al Ferio