Disebalik Tingkap

Aldrich John yang dilahirkan di Bandaraya Kota Kinabalu , Sabah pada tanggal 13 Jun 1984 yang kini menetap di Selangor mula meminati bidang fotografi ketika berumur 12 tahun lagi namun hanya bertapak sepenuhnya dalam bidang fotografi pada tahun 2008. Di awal pembabitan dalam fotografi, saya mula menangkap gambar melalui kamera 'intai-intai' iaitu menggunakan kamera filem. Kemudian menggunakan camera telefon bimbit, seterusnya saya menggunakan kamera 'pandang-pandang' iaitu kamera digital biasa yang ketika itu agak mahal dan popular dikalangan "anak-anak" baru belajar hehe. Akhir sekali saya kembali semula menggunakan kamera "intai mengintai" atau lebih dikenali sebagai Digital Single-Lens Reflex (DSLR). Sebagai permulaan pembabitan secara serius dalam bidang ni, saya mula mengambil gambar orang-orang kahwin dan bertunang. Walaupun saya lebih menyukai buat shooting Outdoor, namun saya terus menimba ilmu dengan shooting-shooting dimajlis-majlis rasmi kerajaan (di tempat kerja la..) Apapun diharap anda sudi memberikan komen-komen yang negatif atau positif agar saya dapat memperkasakan lagi teknik fotografi saya.


Sekian

Aj@Photography
Aldrich

Tuesday, July 19, 2011

Teman Sepermainan

Terlintas difikiran alangkah baiknya jika dapat kembali ke zaman kanak-kanak.. Pasti seronok kan? Kini umur saya sudah pun mencecah 27tahun namun masih segar diingatan sewaktu zaman kanak-kanak saya yang penuh dengan kenakalan..hehehe.

Ketika saya snap gambar ni,ketika itu saya berada di Terengganu,  saya melihat semula zaman kanak-kanak saya.  Salah satu aktiviti masa kecil bermain buaiyan, sanggup bergaduh dengan kawan-kawan sebab nak ulun main buaiyan..hahahaha. Tak kira la berapa jauh sekali pun sesebuah tempat tu,saya dan kawan-kawan sekampung sanggup berjalan kaki,ye lah takkan drive keter kut... Yang pasti kami budak-budak nakal ni pantang nampak kolam, mesti nak terjun mandi walaupun saya tak pandai berenang ketika tu! Hampir lemas pun pernah..

Apapun sejarah,kenangan zaman kanak-kanak anda, pasti anda merindui saat-saat tersebut. Jadi biarlah anak-anak anda bermain sepuasnya ketika kecil,kerana zaman kanak-kanak hanya sekali dan tak akan kembali lagi, jangan la asyik nak suruh anak duduk umah je..kesian mereka.. Tapi awasi anak-anak anda diluar..keselamatan anak-anak juga penting :)

3 comments:

  1. ni yg malas nk ingt zaman kanak2.....rase best plak...sebab xde stress...sentiasa happy...aduh...in memory ...

    ReplyDelete
  2. Hi Fendi.....Hehehe..Betul tu Fendy,bila ingat balik memang terasa ingin kembali ke zaman kanak2..happy n tk banyak sangat nak fikir, skg dh dewasa macam2 nk pk hehehehe

    ReplyDelete

Menerangi Dunia

Menerangi Dunia
Ketika saya duduk keseorangan dirumah, fikiran saya melayang ke arah 1 objek. Objek tersebut adalah World Globe. Saya termenung dan berfikir apa yang boleh saya lakukan untuk objek ini. Kemudian saya keluar mengambil angin di beranda rumah sambil memegang World Globe tersebut..saya menoleh ke langit dan merenung lama kearah bulan bagaikan pungguk rindukan bulan?? Terdedik dihati seketika...Yess! saya tahu apa nak buat dengan World Globe ni! Maka dengan segala persediaan dan pencahayaan yang sesuai,maka terhasil lah sebuah cerita di sebalik World Globe ni.. Cahaya la yang menerangi Bumi yang diadaptasikan melalui Lilin dan World Globe. :)

Mini Ofis

Mini Ofis
Gambar ni amat menarik perhatian saya. Saya berkunjung di salah sebuah pantai di pantai timur Malaysia negeri Terengganu. Pantai ni agak terbiar dan kosong tapi amat cantik. Saya terlihat satu pondok ala2 pejabat kecil siap dengan meja dan kerusi. Yang menariknya pejabat mini ni betul-betul di tengah-tengah kawasan lapang.. Sesungguhnya saya amat menyukai pantai-pantai yang terdapat di negeri Terengganu,menarik dan cantik-cantik belaka. Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar,sudi sudilah cari saya dalam facebook ye :Aldrich Al Ferio