Disebalik Tingkap

Aldrich John yang dilahirkan di Bandaraya Kota Kinabalu , Sabah pada tanggal 13 Jun 1984 yang kini menetap di Selangor mula meminati bidang fotografi ketika berumur 12 tahun lagi namun hanya bertapak sepenuhnya dalam bidang fotografi pada tahun 2008. Di awal pembabitan dalam fotografi, saya mula menangkap gambar melalui kamera 'intai-intai' iaitu menggunakan kamera filem. Kemudian menggunakan camera telefon bimbit, seterusnya saya menggunakan kamera 'pandang-pandang' iaitu kamera digital biasa yang ketika itu agak mahal dan popular dikalangan "anak-anak" baru belajar hehe. Akhir sekali saya kembali semula menggunakan kamera "intai mengintai" atau lebih dikenali sebagai Digital Single-Lens Reflex (DSLR). Sebagai permulaan pembabitan secara serius dalam bidang ni, saya mula mengambil gambar orang-orang kahwin dan bertunang. Walaupun saya lebih menyukai buat shooting Outdoor, namun saya terus menimba ilmu dengan shooting-shooting dimajlis-majlis rasmi kerajaan (di tempat kerja la..) Apapun diharap anda sudi memberikan komen-komen yang negatif atau positif agar saya dapat memperkasakan lagi teknik fotografi saya.


Sekian

Aj@Photography
Aldrich

Friday, July 8, 2011

Awas Perangkap!

Anda pasti mempunyai haiwan peliharaan bukan?? Kalau takde, paling tidak pun anda mesti mempunyai jenis-jenis haiwan yang anda suka kan..... Sekali lagi saya nak berkongsi cerita mengenai gambar yang saya tangkap ni.
********************
Apa yang saya cuba sampaikan melalui gambar ni ada lah sifat dan perbuatan antara manusia dan haiwan.  Kalau anda lihat gambar ni,  seekor kucing sedang menunaikan hajat tapi malangnya aksinya telah dirakam oleh Encik Fotografi ni hehehe.. Bayangkan kalau manusia juga berkelakuan seperti ni membuang sana sini tanpa mengira tempat. Untuk pengetahuan memang ada manusia jenis ni. Buktinya sebagai seorang fotografer saya gemar mengexplore sesuatu tempat hingga la saya melalui beberapa lorong-lorang yang mengeluarkan bau yang tak sedap.. rupanya bahan kumbahan manusia terselit di celah-celah bangunan..ciss..nasib baik tuan punya pemilik bahan kumbahan tu tak menunaikan hajat semasa saya lalu tempat tu..tak habis-habis jadi mangsa snap macam kucing ni.

Bayangkan kucing pun boleh tanam semula najisnya dengan tanah/pasir dan  walaupun akan menjadi perangkap sesiapa yang bertuah terpijak hehehe.. Inikan pula manusia yang tak reti nak mencari tempat sesuai untuk melepaskan hajat buang air besar selepas tu biarkan sisanya terlentang gedebak gitu je kat sudut-sudut bangunan. Bayangkan kalau pelancong datang ke negara kita. Malu jugakan.

Apapun saya pasti hanya segelintir manusia yang mempunyai sifat sedemikian..mungkin tak sempat nak pergi tandas kut.. :)P

1 comment:

  1. kalau dh tak tahan,,tepi jalan pon jd,,, kententeraman kucing tu tak nampak pun terganggu,, hehehe,,

    ReplyDelete

Menerangi Dunia

Menerangi Dunia
Ketika saya duduk keseorangan dirumah, fikiran saya melayang ke arah 1 objek. Objek tersebut adalah World Globe. Saya termenung dan berfikir apa yang boleh saya lakukan untuk objek ini. Kemudian saya keluar mengambil angin di beranda rumah sambil memegang World Globe tersebut..saya menoleh ke langit dan merenung lama kearah bulan bagaikan pungguk rindukan bulan?? Terdedik dihati seketika...Yess! saya tahu apa nak buat dengan World Globe ni! Maka dengan segala persediaan dan pencahayaan yang sesuai,maka terhasil lah sebuah cerita di sebalik World Globe ni.. Cahaya la yang menerangi Bumi yang diadaptasikan melalui Lilin dan World Globe. :)

Mini Ofis

Mini Ofis
Gambar ni amat menarik perhatian saya. Saya berkunjung di salah sebuah pantai di pantai timur Malaysia negeri Terengganu. Pantai ni agak terbiar dan kosong tapi amat cantik. Saya terlihat satu pondok ala2 pejabat kecil siap dengan meja dan kerusi. Yang menariknya pejabat mini ni betul-betul di tengah-tengah kawasan lapang.. Sesungguhnya saya amat menyukai pantai-pantai yang terdapat di negeri Terengganu,menarik dan cantik-cantik belaka. Jika anda ingin melihat lebih banyak gambar,sudi sudilah cari saya dalam facebook ye :Aldrich Al Ferio